Breaking News
Loading...

LOGO PPSSPP




Matlamat PPSSPP

1. Menyatukan semua golongan yang berminat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perpustakaan/pusat sumber sekolah.

2. Menyelaras dan berkerjasama dengan pihak berkuasa , agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan perpustakaan / pusat sumber sekolah.

3. Meningkatkan pengetahuan / kemahiran , latihan , pengelolaan dan pembangunan perpustakaan / pusat sumber sekolah .

4. Mewujudkan budaya membaca serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

5. Menerbitkan dan mengedarkan bahan bacaan dan maklumat yang berkaitan dengan perpustakaan/pusat sumber sekolah.

6. Menjalankan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk mencapai matlamat PPSSPP.



Keahlian

1. Ahli individu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmatan di Negeri Pulau Pinang.

2. Ahli Institusi
Semua pusat sumber sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia , Kerajaan
Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan dan swasta di dalam Negeri Pulau Pinang.

3. Ahli Kehormat
Tokoh yang telah diputuskan oleh AJK yang memberi perkhidmatan cemerlang dalam
memajukan persatuan.

4. Ahli Seumur Hidup
Mana-mana ahli individu yang membayar yuran RM100 sekali gus.


Permohonan Keahlian perlu menggunakan borang permohonan disertakan wang yuran dan perlu diluluskan oleh mesyuarat jawatankuasa.


Yuran

* Yuran pendaftaran RM5.00
* Yuran keahlian :
Ahli Individu RM10.00 setahun
Institusi SM RM 50.00 SR RM 30.00
Ahli Seumur Hidup RM 100


NOTA : SEKIRANYA ANDA BERMINAT MENJADI AHLI PPSSPP SILA BERHUBUNG DENGAN PN HINDON / PN JURA DI TALIAN 04-5736901




" PUSAT SUMBER NADI SEKOLAH "