Breaking News
Loading...



Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Salam 1Malaysia,

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang (PPSSPP) kerana sekali lagi berjaya menerbitkan Blog PPSSPP. Pada kesempatan ini saya juga ingin menyeru semua warga pendidik agar turut sama memperkasakan Pusat Sumber Sekolah (PSS). 
Tujuan dan matlamat PPSSPP adalah untuk menyatukan semua golongan yang berminat dalam aktiviti berkaitan dengan PSS. Ianya juga sebagai penyelarasan dan permuafakatan bersama agensi luar yang terlibat dengan persatuan secara langsung dan tidak langsung.
Syabas, saya ucapkan kepada kepemimpinan PPSSPP yang diterajui oleh KSPA, JPN Pulau Pinang,yang telah melaksanakan banyak aktiviti bagi membantu memperkasakan PSS di Pulau Pinang. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah di Pulau Pinang yang telah menjadi ahli secara automatik dan kepada semua ahli individu dari JPN, PPD, BTPN, PKG serta warga pendidik atas sokongan padu yang diberikan selama ini. Di sini juga, saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar menjadi ahli berdaftar dengan persatuan, bagi menyokong aktiviti yang menjurus kepada PSS dan budaya membaca.
Akhir kata, besarlah harapan saya agar PPSSPP yang menjadi pemangkin dan pengggerak kepada Pembangunan Pusat Sumber Sekolah di Pulau Pinang.

HJ OSMAN BIN HUSSAIN
Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang




Yang DiPertua,  PPSSPP


Salam Sejahtera ,
   
    Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau     Pinang (PPSSPP) atas kejayaan menerbitkan Blog PPSSPP tahun ini.
    Pusat Sumber merupakan jentera penggerak sekolah dalam peningkatan hasil       pencapaian pelajar dan kecemerlangan sekolah. Lantas, PPSSPP telah  mengorak     langkah dengan merancang dan memudah cara beberapa program strategik sebagai pendedahan dan pengkayaan kepada sekolah untuk mencapai kecemerlangan PSS. Saya bertekad akan  bersama dengan jawatankuasa berjuang untuk merealisasikan misi PPSSPP, yakni memantap pengurusan PSS,  memperkasa budaya membaca dan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, saya menyeru warga pendidikan memberi sokongan padu kepada persatuan supaya pengurusan PPSSPP  dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Jadi, kita mesti bekerjasama menjayakan semua perancangan dan program  strategik persatuan demi kebaikan bersama.
    Akhir kata, sama-samalah kita menyokong usaha PPSSPP untuk memantapkan PSS sebagai jentera pencetus pencapaian The School Improvement Programme (SIP) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).   


En NAPIAH B MAT
Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN P.Pinang
Merangkap YDP, PPSSPP